Kelas Terokai Dunia Perniagaan Digital Bersama E-Usahawan anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
22 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Semuba telah bekerjasama dengan Pusat Internet Batu Gajah bagi menjalankan Kelas Terokai Dunia Perniagaan Digital Bersama E-Usahawan anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan keusahawanan digital secara percuma kepada usahawan mikro. Antara peserta yang terlibat adalah bakal usahawan, usahawan, pelajar lepasan SPM dan surirumah.
Kelebihan yang dapat diperolehi dari kelas ini ialah dapat melahirkan usahawan yang berkaliber, dapat menarik minat golongan lepasan SPM dan membantu golongan yang menganggur. Kelas seperti ini juga dapat melahirkan generasi yang boleh berjaya dalam perniagaan online.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: